apa yg mahu aku coretkan ini adalah sebahagian dari pemerhatianku utk seorg insan yg ku gelar sebagai 'AYAH'....
Disaat aku mahu menulis blog ni, aku dapat membayangkan kesakitan yg sedang ayah harungi...Tapi semangat juangnya melawan kanser prostatenya menjadikan itu sebagai azimat buat aku utk terus memberikan sokongan kepada beliau...Aku tau ayah takkan selamanya menongkat langit...Tapi percayalah, siapa yg mahu insan yg kita sayang...Walau insan yg ku gelar sebagai ayah ini adalah atuk aku, tapi dia segalanya bagi aku..dia yg membantu aku ketika aku belajar dahulu...
Teringat lagi waktu aku kecil, aku seorang yg sanagt nakal..Tak reti nak faham bahasa..tambah lagi membesar sebagai anak kampung yg sememangnya terdedah dengan pelbagai keseronokkan yg tida dibandar...Bermain meriam buluh, memancing, bermain dengan kawan2 sehingga lewat malam, ponteng kelas mengaji, cabut sekolah agama, meniru waktu periksa adalah asam garam dalam meniti pertambahan usia...
Walau aku dibesarkan sebagai anak yg ibubapa bercerai, aku dibesarkan sepenuhnya oleh ayah...Ayah yg banayk memberikan tunjuk ajar kepada aku..Mengajar aku erti kehidupan sebenar..Bagaimana seorg nelayan mengharungi hidup untuk membesarkan anak2 serta cucunya...Tapi sifat anak muda, yg sentiasa mahukan yang lebih, tak pernah bersyukur dengan apa yg ada....Aku mulai memberontak...Mula menjadi nakal, melawan cakap ayah...tak mahu menolong ketika ayah pulang dari laut...kerana ada sekelumit perasaan malu kerana ayahku seorang nelayan...walaubagaimanpun, setelah aku bekerjaya, aku mulai rindu saat2 begitu...Saat2 menunggu kepulangan ayah pulang, membantu ayah menaikkan ikan pari, udang & hasil tangkapan yg lain...
Kini, ayahku tidak segagah dulu...Tidak lagi mampu mengangkat enjin....apetah lagi mahu berjalan segak seperti askar...Kini dia hanya mampu berjalan sekitar kawasan rumah sahaja...dengan kantung kencing yg akan siusung kesini sana...Aku kuatkan azam utk tidak menangis setiap kali melihat ayah begitu...Kerana aku tak mau dia lihat aku lemah..aku mahu dia melawan tiap sakitnya...Aku tak pasti bilakah masanya ayah akan dijemput pulang...cuma aku berdoa, ayah masih mampu untuk bertahan...kerana aie sgt sygkan ayah....
Aie tahu aie banyak lakukan dosa ngan ayah,...melawan cakap ayah...ampunkan dosa aie ayah...Ayah janganlah tunjuk perangai2 pelik yang akan menggusarkan hati aie...aie sangat takut akan kehilangan ini...Baru tahun lepas aie hilang 'BAPAK'....Aie tanak peristiwa 2001 berulang kembali...Arwah MekTam & Datuk D tglkan aie...irg yg penting dlm hidup....Aie takut aie hilang punca...Adik2 masih perlukan ayah...Angah & Uyah masih perlukan perhatian ayah....ayah kena kuat....Ayah, aie x mampu nak balas jasa ayah.....Aie hanya mampu berdoa utk kesejahteraan ayah....

Ayah.....Aie sygkan ayah.
ReplyDelete