







salam semua!
wehuuuuu!! minggu ni sangat pantas masanya berlalu....mana tidaknya bermula dr hari sabtu sampaila hari ini, barula aku dapat on9 depan laptop macam biasa......
title aku minggu nie aku mulakan dengan kegilaan baru aku dlm rekreasi...aku kembali aktif dalam bidang rekreasi setelah hampir 4-5 tahun meninggalkan alam expolorasi ni...apa yg menariknya kali ni, team aku jb@anakgunung.com yg rata-rata terdiri dari golongan yg agak berumur tapi semangat & tenaga mereka sangat menakjubkan....maklumla, diorg antara pendaki gunung tegar yg berasal dr Johor....So, its a platform for me to re-gain...
Actually ini adalah gunung yg kedua dalam siri pendakian tahun ini selepas Gunung Lambak, Kluang...Gunung Lambak adalah sesi latihan & pemanas badan bagi aku dimana secara tak dirancang sebenanrnya aku memulakan pendakian....Bila dah berada disana, aku jadi ketagih, mana tidaknya 'gear' kebanyakannya aku dah ada, just tinggal nak kumpulkan balik ajerkla.....huhuhu...bahekla awokkk!
Ok, sesi Gunung Arong, mersing bermula pada jam 2 setengah 19hb, dimana peserta (jb@anakgunung.com) berkumpul sebahagian diToday's Market diTiram. Selebihnya ada yg berkumpul diMersing...Permulaan yg agak 'melekit' sebab satu faktor cuaca, hujan pastu ditambah lagik dengan kawan2 yg agak lambat memulakan perjalanan...(aku rilex jerk, sebab yg lain2 sume dah brader2)..hikhikhikh....tapi tuh la masing2 xberapa punctual pasal masa.....
Then, lebih kurang pukul 3 kami memulakan perjalanan ke Mersing...lama gak aku tak drive jauh2 nie, (bolehla dikatakan jauh makan masa hampir 2 jam setengah) sebab menggunakan jalan lama yg agak teruk.....redah jerkla ngan keta aku...heheheh....Alhamdulilah semuanya selamat aku sampai di Mersing sekitar jam 5 ptg seperti yg dijadualkan.....
Kami akan berkhemah di Sari Jentayu resort, betul2 terletak 1-2km dikaki gunung Arong...sebenarnya ada camp side dibawah kaki gunung, tapi disebabkan kemudahan parking yg agak jauh dr campside, so, we all decided to stay at Sari Jentayu....Plus, owner of the resort is quite friendly....
Selesai memacak khemah, event paling aku tunggu2 adalah memasak! gilerla, seronok ooowww masak ramai2....pastu buat BBQ.......pastu lepak reramai berbincang pasal next trip pulak....Gunung panti.....
so hari ahad memulakan pengembaraan di Gunung Arong dengan keadaan yg agak struggle jugak...Pendakian yg agak mencanak menguji ketahanan mental & fizikal....so far, aku ok la utk Arong, tapi masa lambak aku agak keletihan jugak....So, aku meneruskan pendakian sambil melihat keindahan flora & fauna tatkala ada bau2an tongkat ali! sah mesti ade!
setelah mendaki kira2 sejam...akhirnya kami sampai dipuncak arong (878ft) dengan jayanya! yiehaaa!!!!! puas hati.....menakjubkan! sgt teruja dgn keindahan ciptaan Alla s.w.t....